Translate

24 April 2025

Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata parang dan pedang



Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata parang dan pedang

Bernama

23/04/2025


Seorang lelaki putus lima jari tangan kirinya selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan PJS 1 1/2 , Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor awal pagi tadi. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki putus lima jari tangan kirinya selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan PJS 1 1/2 , Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.54 pagi, sebelum Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya mengarahkan anggota peronda ke lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati, semasa kejadian mangsa dan beberapa rakan mahu bergerak pulang ke rumah selepas selesai makan di restoran berkenaan sebelum kereta Toyota Vios berwarna putih dinaiki lima penyerang berkenaan tiba di lokasi itu.

"Kesemua suspek dipercayai warga tempatan kemudian turun dari kereta dan menetak mangsa menggunakan parang dan pedang sebelum melarikan diri dengan kereta yang sama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Azlan berkata mangsa yang berusia 30 tahun itu turut mengalami kecederaan pada bahagian tangan, kaki serta badan, dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata tajam dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau Insp Fadizah Ajamain di talian 019-858 2166.

- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 58 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 5 hrs 10 mins ago