Translate

24 April 2025

15 individu didenda antara RM800 hingga RM3,500 beri maklumat palsu kepada JPN



15 individu didenda antara RM800 hingga RM3,500 beri maklumat palsu kepada JPN

Bernama

23/04/2025


Mahkamah turut memerintahkan 12 lelaki dan tiga wanita itu, dipenjara antara sebulan hingga lima bulan sekiranya mereka gagal membayar denda. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seramai 15 individu masing-masing didenda antara RM800 hingga RM3,500 oleh Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini kerana memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan.

Hukuman terhadap tertuduh yang berusia 50 hingga 70 tahun itu dikenakan selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi mereka.

Mahkamah turut memerintahkan 12 lelaki dan tiga wanita itu, dipenjara antara sebulan hingga lima bulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Sebanyak 13 tertuduh didakwa atas kesalahan memberi maklumat palsu semasa mengemukakan permohonan pendaftaran sijil kelahiran, antaranya di kaunter JPN di Kuala Lumpur, JPN Taman Maluri, JPN Bandar Tun Razak, JPN Kepong antara 2004 hingga 2022.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, empat lagi didakwa memohon kad pengenalan 12 tahun menggunakan sijil kelahiran yang mengandungi maklumat palsu di kaunter JPN sekitar ibu negara bagi tahun sama.

Pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Mohammad Khairu Farhan Md Saad yang ditemui selepas prosiding berkenaan, berkata pihaknya akan membantu tertuduh dalam proses pindaan sijil kelahiran dan MyKad melibatkan anak-anak tertuduh yang terlibat, sama ada berumur di bawah atau melebihi 21 tahun.

Beliau berkata kanak-kanak berumur bawah 21 tahun, perlu meminda maklumat kelahiran seperti nama ibu bapa dan tempat lahir, serta mendapatkan perintah pengangkatan bersama ibu bapa, sebelum memohon kewarganegaraan.

Bagi individu yang berumur lebih 21 tahun pula katanya, mereka perlu meminda maklumat kelahiran terlebih dahulu sebelum boleh memulakan permohonan kewarganegaraan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 7 hrs 6 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 7 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 8 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 8 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 8 hrs 52 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 8 hrs 54 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 9 hrs 2 mins ago