Translate

07 May 2025

Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan susulan ketegangan meningkat



Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan susulan ketegangan meningkat

Bernama

07/05/2025


Syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa keselamatan penumpang dan anak kapal adalah keutamaan utama. - Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Batik Air hari ini, mengumumkan pembatalan penerbangan pergi dan balik ke Lahore, Pakistan dan Amritsar, India untuk hari ini dan esok, susulan situasi berterusan antara dua negara tersebut.

Batik Air membatalkan penerbangan pergi dan balik ke Lahore, Pakistan dan Amritsar, India pada 7 dan 8 Mei susulan ketegangan antara kedua-dua negara.

Syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa keselamatan penumpang dan anak kapal adalah keutamaan utama dan mereka sedang memantau situasi dengan pihak berkuasa.

Konflik semakin memuncak selepas serangan militan di Kashmir bulan lalu, dengan kedua-dua negara melancarkan serangan udara rentas sempadan dan berbalas tembakan di sepanjang Garis Kawalan.

Penerbangan terlibat ialah:


LAHORE (LHE)

- KUL-LHE (OD 131), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 5.35 petang

- LHE-KUL (OD 132), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 9.35 malam

AMRITSAR (ATQ)

- KUL-ATQ (OD 271), 7 Mei, waktu berlepas 6.40 petang

- ATQ-KUL (OD 272), 7 Mei, waktu berlepas 11.05 malam

Menerusi kenyataan hari ini, Batik Air memaklumkan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal mereka, kekal menjadi keutamaan paling tinggi.

"Batik Air memantau situasi dengan teliti dengan koordinasi bersama pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kemas kini sebaik sahaja maklumat baharu diterima. Kami memohon maaf atas kesulitan dan menghargai pemahaman anda," menurut kenyataan itu.

Ketegangan antara dua negara berjiran itu meningkat sejak bulan lepas dan bertambah awal Rabu, dengan kedua-dua pihak dilaporkan melancarkan serangan udara rentas sempadan.

Tentera India dan Pakistan juga dilaporkan berbalas tembakan di sepanjang Garis Kawalan yang membahagikan wilayah Kashmir.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED