Translate

24 April 2025

Pukul kekasih: Pelakon akan dipanggil bantu siasatan - Polis



Pukul kekasih: Pelakon akan dipanggil bantu siasatan - Polis

Bernama

23/04/2025


Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 7 April lepas dengan mendakwa dipukul di kawasan sekitar Ara Damansara, Petaling Jaya. - Gambar fail/BERNAMA


SHAH ALAM: Polis akan memanggil seorang pelakon lelaki bagi membantu siasatan kes memukul teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 7 April lepas dengan mendakwa dipukul di kawasan sekitar Ara Damansara, Petaling Jaya.

Beliau berkata berdasarkan laporan, mangsa cedera di bahagian badan dan muka selepas dipukul dengan tangan oleh suspek.

"Suspek akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hussein berkata berdasarkan rekod, mangsa yang sama pernah membuat laporan polis pada tahun lepas atas kes dipukul suspek sama.

Beliau berkata bagaimanapun laporan itu telah ditarik balik oleh mangsa sendiri dan laporan pada 7 April itu adalah yang kedua melibatkan individu yang sama.

Dalam perkembangan lain, Hussein berkata dua daripada tiga penjenayah yang disyaki terlibat dalam kes samun berparang di sebuah taska di Sabak Bernam, dua hari lepas berjaya diberkas semalam.

Beliau berkata kedua-duanya berusia lingkungan 30-an ditahan di sekitar Kelana Jaya dan Shah Alam selain polis merampas kereta jenis Perodua Bezza yang dipercayai digunakan semasa kejadian itu.

"Semakan mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Sungai Way, Petaling Jaya dan pemeriksaan lanjut turut menemukan sebilah parang sepanjang 72 sentimeter di dalam kereta itu.

"Polis sedang memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas," katanya dan menambah kedua-duanyanya positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan samun dan dadah.

Menurut laporan media, seorang guru wanita berdepan detik cemas apabila ditampar dan disamun ketika dia bersama seorang lagi guru wanita dan pembantu dapur menunggu kehadiran murid.

Dalam kejadian kira-kira 9.35 pagi itu, tiga suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan bersenjatakan parang berhenti sebelum meluru masuk ke dalam premis berkenaan serta melarikan dua rantai emas dan telefon bimbit milik mangsa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 38 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 53 mins ago