Translate

25 April 2025

Ringgit rendah berbanding dolar AS susulan meningkatnya harapan perang dagangan mereda



Ringgit rendah berbanding dolar AS susulan meningkatnya harapan perang dagangan mereda

Bernama

25/04/2025



Pada 6 petang, unit tempatan itu susut kepada 4.3705/3770 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 ketika ditutup Khamis. - Adobe Stock


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu dagangan ini dengan ditutup rendah apabila dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh disebabkan meningkatnya harapan bahawa perang perdagangan AS-China akan mereda.

Pada 6 petang, unit tempatan itu susut kepada 4.3705/3770 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 ketika ditutup Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berbanding dolar AS pada hari ini berada dalam julat terhad, bergerak antara RM4.3715 dan RM4.3823.

"Pertikaian tarif antara AS dan China terus menjadi tumpuan dengan sentimen pasaran kekal berhati-hati," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat laporan bahawa China mungkin mengecualikan tarif import ke atas barang-barang tertentu yang dikenakan terhadap AS kerana kos yang semakin meningkat memberi beban kepada perniagaan mereka.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0431/0481 daripada 3.0670/0710 pada Khamis, naik berbanding euro kepada 4.9596/9670 daripada 4.9738/9801 tetapi hampir mendatar berbanding pound Britain kepada 5.8128/8214 daripada 5.8127/8201 semalam.

Berbanding mata wang serantau, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3228/3280 daripada 3.3307/3354 dan melonjak berbanding baht Thailand kepada 13.0195/0450 daripada 13.0632/0874.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu susut berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.78 daripada 7.72/7.74 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/260.2 daripada 258.9/259.4.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 38 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 6 hrs 30 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 6 hrs 47 mins ago