Translate

09 April 2025

Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta ditipu sindiket pelaburan



Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta ditipu sindiket pelaburan

Bernama

09/04/2025


Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud. - Gambar hiasan


KEPALA BATAS: Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Anuar Abdul Rahman berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima aduan daripada mangsa berusia 58 tahun itu pada Jumaat lepas.

"Mangsa mendakwa terperdaya dalam kes penipuan pelaburan dalam talian selepas melihat iklan pelaburan itu di aplikasi media sosial Facebook pada 10 pagi 20 Dis lepas.

"Mangsa yang berminat untuk menyertai pakej pelaburan yang ditawarkan itu telah membuat beberapa transaksi kemasukan wang ke dalam tujuh akaun bank yang berbeza, yang dijanjikan pulangan sebanyak 500 hingga 800 peratus daripada wang modal dilaburkan," katanya dalam kenyataan.

Namun, beliau berkata, sehingga kini mangsa belum menerima sebarang pulangan pelaburan sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Polis kini menjalankan siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu, kes penipuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 12 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KKM teliti permi' 19 mins ago
A visitor from New york viewed 'KKM teliti permi' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Hadir Kali Kelapan Ke SPRM Bantu Sias' 30 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 31 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed '1,000 notis dikeluar kepada pemilik kenderaan buru' 45 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Gates Foundation to open office in Singapore with ' 52 mins ago