Translate

09 April 2025

Polis tahan lelaki ceroboh kem tentera di Gerik



Polis tahan lelaki ceroboh kem tentera di Gerik

Bernama

09/04/2025


Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk memecah pagar antaranya tukul besi, besi pengorek tanah, serangkai kunci serta mangga kunci.


IPOH: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai menceroboh kawasan Kompeni C, Batalion Kedua, Rejimen 503 Askar Wataniah di Gerik, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata suspek berusia 50 tahun itu ditahan pada 2.35 petang selepas polis menerima laporan daripada seorang sukarelawan tentera.

"Hasil siasatan awal, semasa pengadu berada di lokasi kejadian kira-kira 8.45 pagi, (beliau) ternampak suspek dikenali dengan nama panggilan 'Mat' berada di dalam kawasan berpagar.

"Terdapat tulisan di dinding bangunan dengan perkataan 'dilarang masuk tanpa urusan' yang dipercayai dilakukan oleh suspek dengan menggunakan cat semburan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Zulkifli berkata apabila dihampiri pengadu, suspek telah meninggikan suara menyatakan itu adalah tanah miliknya dan meminta pengadu keluar dari kawasan tersebut 'jika tidak mahu sakit'.

Menurut Zulkifli polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk memecah pagar antaranya tukul besi, besi pengorek tanah, serangkai kunci serta mangga kunci.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan lelaki itu akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan sekiranya orang ramai melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Muhamad Suwadi Mohd di talian 016-8804375," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Maut Terperangkap Dalam Kereta Terbakar | ' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Maut Terperangkap Dalam Kereta Terbakar | ' 32 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Seekor anak gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rempuh motosikal, pemandu pacuan empat roda ditaha' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rempuh motosikal, pemandu pacuan empat roda ditaha' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'Penduduk terjejas dak' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Seekor anak gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Maut Terperangkap Dalam Kereta Terbakar | ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Penemuan Najis Tikus, 4 Premis Makanan Diarah Tutu' 1 hr 58 mins ago