Translate

11 April 2025

Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkaitan Gaza, perjuangan Palestin - Presiden Erdogan



Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkaitan Gaza, perjuangan Palestin - Presiden Erdogan

Bernama

11/04/2025


Ketibaan Prabowo (kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenbo Daria disambut sendiri Erdogan (kiri), di Ankara, Turkiye, 9 Apr 2025. - Foto Sekretariat Kabinet Indonesia


ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis berkata bahawa Ankara akan terus bekerjasama dengan Indonesia dalam usaha membangunkan semula Gaza serta memperjuangkan isu Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Dalam tempoh akan datang, kami akan meneruskan kerjasama dengan Indonesia untuk membina semula Gaza dan memperjuangkan isu Palestin," kata Erdogan dalam sidang media bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang sedang melakukan lawatan rasmi ke ibu negara Turkiye, Ankara.

Israel menentang penyelesaian dua negara dalam konflik Palestin-Israel dan membunuh lebih 50,000 orang di Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Terdahulu, Prabowo diberi sambutan di Istana Presiden dan turut berucap di Parlimen Turkiye.

Erdogan berkata, Turkiye terus menjalin kerjasama dengan Indonesia di pelbagai platform antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan G20, D-8 dan MIKTA.

Erdogan menyifatkan ucapan Prabowo di Parlimen Turkiye merupakan "manifestasi terindah persaudaraan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara."

Sementara itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang seperti industri pertahanan, pembinaan, kesihatan, tenaga dan makanan.

"Dalam konteks industri pertahanan, kami membincangkan projek-projek sedia ada dan meneroka peluang baharu, termasuk pengeluaran bersama," kata Erdogan.

Mengenai sektor pelancongan, beliau berpuas hati dengan jumlah pelancong Indonesia ke Turkiye yang mencecah 203,000 orang pada 2024.

Dalam hal perdagangan dua hala, Erdogan berkata: "Kami menyemak langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan jumlah dagangan kepada sasaran US$10 bilion secara seimbang dan saling menguntungkan."

Mengulas mengenai Forum Diplomasi Antalya yang bermula Jumaat dan turut dihadiri oleh Prabowo, Erdogan menyatakan, "Minat mendalam ini sekali lagi menunjukkan pengaruh Turkiye yang semakin berkembang dalam arena diplomasi global."

"Saya benar-benar percaya bahawa lawatan Presiden Subianto akan memperkukuh kerjasama kita, baik dari segi dua hala mahupun pelbagai hala," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 40 secs ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 7 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan lanjut sele' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Chandubatla viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 1 hr 56 mins ago