Translate

11 April 2025

Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengku Zafrul



Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengku Zafrul

Bernama

11/04/2025


Tengku Zafrul (kiri) menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Luar Indonesia Arif Havas Oegroseno hari ini. -Facebook


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia dapat menarik nafas lega susulan pengurangan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas kedua-dua negara sebelum ini.

Tarif timbal balas AS terhadap Malaysia dan Indonesia telah dikurangkan kepada 10 peratus.

Penangguhan tarif AS selama 90 hari memberi ruang untuk strategi rundingan.

Malaysia komited untuk mempererat hubungan dengan Indonesia dan menangani cabaran perdagangan bersama.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Luar Indonesia Arif Havas Oegroseno hari ini.

Katanya tarif terhadap Malaysia telah diturunkan daripada 24 peratus kepada 10 peratus manakala Indonesia daripada 32 peratus kepada 10 peratus.

"Walaupun penangguhan tarif AS cuma 90 hari, ia memberi ruang kepada semua negara untuk mengatur strategi khususnya dalam rundingan dengan AS," katanya menerusi hantaran di laman media sosialnya hari ini.





Tengku Zafrul berkata pertemuan dengan Arif Havas membincangkan perkembangan terkini hubungan dua negara termasuklah berkaitan tarif AS.

"Malaysia yakin melalui dialog dan kerjasama berterusan, kita dapat menangani cabaran perdagangan ini dan merebut peluang bersama," katanya.

Katanya Malaysia komited untuk mempererat hubungan dengan Indonesia, terutamanya sebagai pengerusi ASEAN 2025 demi ASEAN yang lebih makmur dan inklusif.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'BEST FBKL' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lagi Kes Rempuhan Lori | BEST FBKL' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 2 hrs 15 mins ago