Translate

11 April 2025

Zabidi Nasan dilantik sebagai Ketua Pengarah YAPEIM baharu



Zabidi Nasan dilantik sebagai Ketua Pengarah YAPEIM baharu

Bernama

11/04/2025


Zabidi Nasan, 54, dilantik sebagai Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) berkuat kuasa hari ini. - BERNAMA


PUTRAJAYA: Zabidi Nasan, 54, dilantik sebagai Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) berkuat kuasa hari ini.

YAPEIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pelantikan tersebut adalah bagi menggantikan Ameer Ali Vali Mohamed yang menamatkan perkhidmatan semalam selepas memacu yayasan itu selama dua tahun.

Zabidi merupakan anak jati kelahiran Baling, Kedah yang tidak asing dalam hal ehwal agama, dan sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan sejak 2018, selepas menjadi Pengurus Besar dari 2013 hingga 2017.

YAPEIM berkata pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga pernah terbabit dalam pengurusan dan pentadbiran universiti tersebut selaku Penolong Pengarah Jabatan Latihan dan Kepimpinan Pusat Pengajian Asasi dari 1997 hingga 2007.

Pada tahun 2007 beliau mengemudi Jabatan Rekod dan Pendaftaran Pusat Pengajian Asasi UIAM selaku Penolong Pengarah Kanan sehingga 2012 dan kemudian menjawat jawatan Timbalan Pengarah di Divisi Pembangunan Hal Ehwal Pelajar, UIAM hingga 2013.

YAPEIM turut mengumumkan bahawa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM berkuat kuasa serta-merta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lagi Kes Rempuhan Lori | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 2 hrs 4 mins ago