Translate

09 April 2025

Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasmi bagi jemaah haji



Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasmi bagi jemaah haji

Bernama

09/04/2025


Sebarang maklumat atau tawaran haji yang disebar menerusi saluran tidak rasmi adalah mengelirukan dan tidak mewakili kementerian atau pihak berkuasa berkaitan. - Astro AWANI/LInda Salim


JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memberi amaran kepada mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji agar tidak berurusan melalui saluran tidak rasmi, sambil menegaskan bahawa kemasukan bagi tujuan haji mesti melalui visa haji rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi, menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Visa boleh diuruskan melalui penyelarasan dengan pejabat urusan haji di 80 negara atau menerusi platform Nusuk Hajj yang ditetapkan bagi jemaah dari lebih 126 negara, membolehkan tempahan dibuat secara terus menerusi platform berkenaan.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan bahawa "portal elektronik" di laman sesawang rasminya (https://masar.nusuk.sa) serta aplikasi Nusuk merupakan satu-satunya saluran yang diluluskan bagi jemaah haji tempatan - warganegara dan penduduk dalam Kerajaan Arab Saudi - untuk menempah pakej haji.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa sebarang maklumat atau tawaran yang disebarkan menerusi saluran tidak rasmi adalah mengelirukan dan tidak mewakili kementerian atau pihak berkuasa berkaitan. Orang ramai digesa untuk mengesahkan maklumat dan mengelak daripada terperdaya dengan iklan palsu atau tawaran haji palsu.

Selain itu, kementerian berkenaan menyediakan sokongan pelbagai bahasa 24 jam melalui Pusat Penjagaan Tetamu bagi sebarang pertanyaan atau aduan. Ia boleh dihubungi menerusi talian hotline di 1966 bagi panggilan dalam Arab Saudi, nombor antarabangsa +966920002814 bagi panggilan dari luar Arab Saudi serta e-mel care@haj.gov.sa.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shahnaz Abdul Majid awarded RM30 million following' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Pasir gudang viewed 'Caldbeck Macgregor Malaysia Organizes Exclusive Bu' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 3 hrs ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 4 hrs 2 mins ago