Translate

09 April 2025

KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam di Putra Heights



KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam di Putra Heights

Bernama

09/04/2025


JPSPN dan SWCorp akan memberi bantuan penuh kepada kerajaan Selangor dalam gotong-royong pembersihan hujung minggu ini. - Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

KPKT menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan memberi bantuan penuh kepada kerajaan Selangor dalam gotong-royong pembersihan hujung minggu ini.

Selain itu, KPKT memaklumkan mereka memberi fokus utama kepada inisiatif pemulihan dan pembinaan semula rumah terjejas dalam kejadian berkenaan.

"Sehubungan itu, KPKT pada minggu lepas telah menubuhkan pasukan petugas khas terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian khususnya agensi pelaksana iaitu Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan PR1MA.

"Pasukan tersebut turut menyiapkan pelan tindakan untuk membaik pulih dan membina semula rumah mangsa terjejas berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," menurut kenyataan itu.

KPKT memaklumkan pelan tindakan itu diserahkan kepada Perdana Menteri hari ini.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 3 hrs 27 mins ago