Translate

09 April 2025

KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam di Putra Heights



KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam di Putra Heights

Bernama

09/04/2025


JPSPN dan SWCorp akan memberi bantuan penuh kepada kerajaan Selangor dalam gotong-royong pembersihan hujung minggu ini. - Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

KPKT menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan memberi bantuan penuh kepada kerajaan Selangor dalam gotong-royong pembersihan hujung minggu ini.

Selain itu, KPKT memaklumkan mereka memberi fokus utama kepada inisiatif pemulihan dan pembinaan semula rumah terjejas dalam kejadian berkenaan.

"Sehubungan itu, KPKT pada minggu lepas telah menubuhkan pasukan petugas khas terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian khususnya agensi pelaksana iaitu Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan PR1MA.

"Pasukan tersebut turut menyiapkan pelan tindakan untuk membaik pulih dan membina semula rumah mangsa terjejas berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," menurut kenyataan itu.

KPKT memaklumkan pelan tindakan itu diserahkan kepada Perdana Menteri hari ini.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seri kembangan viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KPDN Selangor gempur 35 premis, rampas 9' 38 mins ago
A visitor from Jakarta viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 7 hrs 54 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 7 hrs 56 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 8 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 8 hrs 49 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 8 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 9 hrs 8 mins ago