Translate

05 April 2025

Kanak-kanak lelaki hanyut dalam longkang diselamatkan orang awam - Polis



Kanak-kanak lelaki hanyut dalam longkang diselamatkan orang awam - Polis

Bernama

05/04/2025


Kejadian yang tular di media sosial itu berlaku pada 2.30 petang semalam, dan mangsa mengalami kecederaan ringan calar di lutut serta siku. - Gambar/ Media sosial


JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dalam longkang di Taman Kota Masai di sini semalam, diselamatkan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian yang tular di media sosial itu berlaku pada 2.30 petang dan mangsa mengalami kecederaan ringan calar di lutut serta siku.

"Kanak-kanak itu sedang berjalan dengan rakannya sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan lalu dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat sejauh kira-kira 100 meter.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dalam perjalanan ke rumah bapa saudaranya selepas menunaikan Solat Jumaat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa mengawasi anak-anak terutama ketika musim hujan serta mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti berisiko.

Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 1 minit 36 saat dimuat naik ke Facebook 'Lanun Selatan' memaparkan insiden seorang kanak-kanak dihanyutkan arus deras dalam sebuah longkang.

Video itu mendapat pelbagai komen termasuk ada yang mengecam tindakan individu merakam insiden tersebut kerana tidak membantu menyelamatkan mangsa selain menyifatkan tindakannya sebagai salah meletakkan keutamaan serta tiada nilai kemanusiaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 2 hrs 41 mins ago