Translate

18 April 2025

Sultan Brunei serikan Majlis Santapan Diraja sempena Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis

 Sultan Brunei serikan Majlis Santapan Diraja sempena Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis

Bernama

18/04/2025 07:00 MYT



Sultan Brunei serikan Majlis Santapan Diraja sempena Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis

Sultan Hassanal Bolkiah (tengah) dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. - Gambar Bernama

ARAU: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja yang merupakan acara utama sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, malam tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Arau pada 8.57 malam disambut oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Hadir sama menyambut ketibaan baginda ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.



Turut berangkat menyerikan majlis santapan itu ialah Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri.

Raja Perlis berangkat ke majlis itu bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof turut menghadiri majlis itu.

Sultan Hassanal Bolkiah dan delegasi baginda tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah dengan pesawat Royal Brunei pada 2.45 petang untuk menghadiri majlis santapan itu.

Baginda dijadual berangkat pulang pada 12 tengah hari ini.

Sambutan itu, yang bakal berlangsung hingga 16 April tahun depan, membuka tirainya hari ini dengan majlis santapan tersebut selain pelbagai acara menarik sebagai pengisian termasuk Majlis Perasmian Mercu Tanda Bulatan Padang Besar pada 24 April ini.

Menurut kenyataan Kerajaan Negeri Perlis, acara lain ialah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025 dari 27 April hingga 2 Mei serta Persembahan Kesenian dan Orkestra Diraja pada 15 Nov ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan pada 26 April ini, Istiadat Perarakan Panji-Panji Pasukan-Pasukan Rejimen Renjer Diraja akan berlangsung pada sebelah pagi manakala pada sebelah malam diadakan persembahan TATU oleh Tentera Darat Malaysia di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 47 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 5 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Inglewood viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 28 mins ago