Translate

22 April 2025

PRK Ayer Kuning: SPR sasar lebih 70 peratus keluar mengundi Sabtu ini



PRK Ayer Kuning: SPR sasar lebih 70 peratus keluar mengundi Sabtu ini

Bernama

22/04/2025


Anggota polis menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, di Dewan Anggerik Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Tapah, hari ini. --fotoBERNAMA


TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan lebih 70 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun menasihatkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal pada 26 April ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata bagi proses pengundian awal hari ini, pihaknya menyasarkan lebih 90 peratus daripada 500 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta pasangan akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Ramlan berkata proses pengundian awal di dua pusat pengundian iaitu Dewan Rekreasi Pegawai Kanan Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) Bidor dan Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah yang dibuka serentak pada 8 pagi tadi berjalan lancar setakat ini.

"Setakat pukul 9 pagi tadi, 22.8 peratus pengundi awal telah keluar mengundi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Dewan Rekreasi Pegawai Kanan Batalion 3, PGA di sini hari ini.

Ramlan berkata kesemua 24 pengundi awal di IPD Tapah difahamkan telah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS.

Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 7 hrs 16 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 8 hrs 43 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 9 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 10 hrs 1 min ago