Translate

22 April 2025

Polis tahan wanita kes pukul anak di premis dobi layan diri



Polis tahan wanita kes pukul anak di premis dobi layan diri

Bernama

22/04/2025


Supt Mohd Razi berkata wanita yang disyaki memarahi dan memukul anaknya di sebuah premis dobi layan diri di Kemaman Rabu lepas ditahan reman hingga hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - Gambar hiasan


CHUKAI: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata wanita berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di sekitar daerah berkenaan pada 7.27 malam, semalam.

Beliau berkata penahanan itu susulan rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul wanita dipercayai ibunya di sebuah kedai dobi layan diri.

"Siasatan mendapati wanita berkenaan bertindak sedemikian (memarahi dan memukul) kerana bimbang keselamatan anaknya yang berisiko dilanggar kenderaan kerana berlari-lari di hadapan kedai," katanya satu dalam kenyataan.

Mohd Razi berkata mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi telah menerima rawatan di Hospital Kemaman, dan kini berada di bawah jagaan bapanya.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman hingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 3 hrs 34 mins ago