Translate

22 April 2025

Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu



Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu

Bernama

21/04/2025


Harga emas ketika ini berada pada sekitar AS$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa. - Reuters


ISTANBUL: Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah AS$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap "aset pelaburan selamat".

Menurut Anadolu Ajansi, harga emas ketika ini berada pada sekitar AS$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Kenaikan lebih 2.3 peratus pada harga emas pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.

Kecenderungan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah turut menyumbang kepada peningkatan harga emas, selepas Bank Pusat Eropah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu.

Lonjakan harga emas semakin ketara selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif "timbal balik" terhadap lebih 180 negara pada 2 April.




-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 3 hrs 22 mins ago