Translate

21 April 2025

Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terhadap pelajar



Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terhadap pelajar

Bernama

21/04/2025


Guru berusia 34 tahun itu ditahan selepas polis menerima dua aduan, masing-masing daripada seorang pelajar dan seorang bekas pelajar. - Gambar hiasan/Adobe Stock


ALOR SETAR: Seorang guru lelaki di Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) di sini ditahan polis berikutan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap beberapa pelajar perempuan di sekolah berkenaan.

Setiausaha Lembaga Pengelola sekolah itu Ng Kok Weng berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis kira-kira pukul 5 petang Sabtu lalu yang memaklumkan mengenai penahanan guru berkenaan pada hari sama.

"Guru berusia 34 tahun itu ditahan selepas polis menerima dua aduan, masing-masing daripada seorang pelajar dan seorang bekas pelajar berhubung gangguan seksual yang berlaku.

"Berdasarkan maklumat yang diterima daripada polis, pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat semalam dan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani perkara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata antara keputusan yang dicapai ialah menghentikan tugas guru itu serta-merta dan melarang beliau memasuki kawasan sekolah bagi mengelakkan gangguan terhadap pelajar terlibat sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

Ng berkata pihak sekolah turut memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan telah menyerahkan beberapa dokumen serta maklumat berkaitan bagi membantu siasatan.

Guru terbabit dilaporkan telah berkhidmat di sekolah berkenaan sejak 2016.

Beliau berkata pihaknya juga telah melaporkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan segala tindakan yang diambil adalah bertujuan menjaga kebajikan serta kesihatan mental, fizikal dan privasi pelajar yang terlibat.

"Sesi kaunseling turut disediakan kepada pelajar terlibat. Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, taklimat menyeluruh telah diberikan kepada semua pelajar dan guru mengenai insiden ini, selain penyediaan saluran aduan bagi memudahkan sebarang salah laku dilaporkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad, telah dihubungi bagi mengulas mengenai perkara itu, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 7 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 50 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 1 hr 8 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 59 mins ago