Translate

20 April 2025

Mesyuarat MPP PKR Rabu ini - permohonan itu dibuat lebih 20 ahli MPP

 

Mesyuarat MPP PKR Rabu ini bukan tergempar – Fuziah

Dr Fuziah Salleh. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan Rabu ini, susulan bantahan dan dakwaan mempersoalkan ketelusan keputusan Pemilihan PKR 2025.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh menjelaskan, mesyuarat yang akan diadakan itu bukan tergempar, kerana notis tujuh hari sudah dikeluarkan kepada semua ahli MPP.

“Ada satu permohonan daripada sejumlah ahli MPP untuk mengadakan mesyuarat bersandarkan peruntukan mengikut Perlembagaan parti.

“Ia bukan mesyuarat tergempar kerana notis tujuh hari sudah diberikan untuk mesyuarat terbabit (diadakan). Cuma bezanya, cara ia dipanggil di atas permintaan ahli MPP dan ini selain dari mesyuarat bulanan biasa,” katanya kepada BH.

Terdahulu, sebuah portal mendakwa mesyuarat tergempar MPP PKR akan diadakan Rabu ini bagi membincangkan dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan dalaman parti yang sedang berlangsung.

Laporan sama turut menyebut, permohonan itu dibuat lebih 20 ahli MPP dan ia menepati Perlembagaan parti yang menetapkan MPP PKR boleh bersidang dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya satu pertiga ahlinya.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memaklumkan menjawab permohonan terbabit dengan mengeluarkan satu notis.

Beliau berkata, persetujuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga sudah diperoleh bagi mengadakan mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini, beberapa calon pada Pemilihan PKR 2025 memaklumkan mengemukakan rayuan rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) susulan terdapat pihak yang mempersoalkan ketelusan keputusan serta proses pemilihan terbabit.

Antara calon yang berbuat demikian adalah Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 3 hrs 8 mins ago