Translate

11 April 2025

1,114 pegawai, anggota polis ditugaskan untuk PRK DUN Ayer Kuning



1,114 pegawai, anggota polis ditugaskan untuk PRK DUN Ayer Kuning

Bernama

11/04/2025


Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin bercakap kepada media pada sidang media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah hari ini. - Foto BERNAMA


TAPAH: Sejumlah 1,114 pegawai dan anggota polis daripada kontinjen Perak akan bertugas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang bermula dengan proses penamaan calon esok.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata daripada jumlah itu, 778 pegawai dan anggota akan ditugaskan esok manakala 732 lagi sepanjang tempoh berkempen, sementara kesemua 1,114 pada hari mengundi.

"Kita harap langkah yang kita ambil ini sebagai langkah pencegahan yang telah kita kenal pasti dapat mengurangkan insiden tidak diingini," katanya pada sidang media berkaitan persediaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak sempena menghadapi PRK N48 Ayer Kuning di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan bakal calon serta parti politik bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan undang-undang berkaitan pilihan raya akan digunakan sepanjang kempen berlangsung.

"Saya juga ingin menasihatkan supaya semua, sama ada pihak yang bertanding mahupun penyokong dan orang awam sentiasalah mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada," katanya.

AYER KUNING-POLIS (PETUGAS) 2 (AKHIR) TAPAH

Sementara itu, Noor Hisam berkata polis akan membuat pelencongan dan penutupan jalan seawal 7 pagi esok hingga kira-kira 12.30 tengah hari untuk proses penamaan calon melibatkan antaranya simpang utama ke Dewan Merdeka, Jalan Stesen dan simpang Jalan Raja.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, sementara pengundian awal pada 22 April.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 5 hrs 31 mins ago