Translate

11 April 2025

1,114 pegawai, anggota polis ditugaskan untuk PRK DUN Ayer Kuning



1,114 pegawai, anggota polis ditugaskan untuk PRK DUN Ayer Kuning

Bernama

11/04/2025


Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin bercakap kepada media pada sidang media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah hari ini. - Foto BERNAMA


TAPAH: Sejumlah 1,114 pegawai dan anggota polis daripada kontinjen Perak akan bertugas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang bermula dengan proses penamaan calon esok.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata daripada jumlah itu, 778 pegawai dan anggota akan ditugaskan esok manakala 732 lagi sepanjang tempoh berkempen, sementara kesemua 1,114 pada hari mengundi.

"Kita harap langkah yang kita ambil ini sebagai langkah pencegahan yang telah kita kenal pasti dapat mengurangkan insiden tidak diingini," katanya pada sidang media berkaitan persediaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak sempena menghadapi PRK N48 Ayer Kuning di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan bakal calon serta parti politik bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan undang-undang berkaitan pilihan raya akan digunakan sepanjang kempen berlangsung.

"Saya juga ingin menasihatkan supaya semua, sama ada pihak yang bertanding mahupun penyokong dan orang awam sentiasalah mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada," katanya.

AYER KUNING-POLIS (PETUGAS) 2 (AKHIR) TAPAH

Sementara itu, Noor Hisam berkata polis akan membuat pelencongan dan penutupan jalan seawal 7 pagi esok hingga kira-kira 12.30 tengah hari untuk proses penamaan calon melibatkan antaranya simpang utama ke Dewan Merdeka, Jalan Stesen dan simpang Jalan Raja.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, sementara pengundian awal pada 22 April.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 5 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 1 hr 57 mins ago
A visitor from New york viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bodø/Glimt 0-2 Tottenham Hotspur | Europa League 2' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 2 hrs ago
A visitor from Jelutong viewed 'Enam kenderaan dirampas, cubaan seludup petrol ber' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 2 hrs 8 mins ago