Translate

09 April 2025

Tiga dalang sindiket penipuan pekerjaan berdepan pertuduhan



Tiga dalang sindiket penipuan pekerjaan berdepan pertuduhan

Bernama

09/04/2025


Datuk M. Kumar berkata tangkapan susulan juga telah dilakukan ke atas dua lelaki berusia 18 dan 25 tahun di Johor Bahru serta Batu Pahat. - Bernama


JOHOR BAHRU: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di daerah ini kerana disyaki bertindak sebagai ejen sindiket penipuan pekerjaan, pada 13 Mac lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata tangkapan susulan juga telah dilakukan ke atas dua lelaki berusia 18 dan 25 tahun di Johor Bahru serta Batu Pahat kerana menjadi dalang kepada sindiket dengan memperdayakan mangsa terlibat.

Beliau berkata tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan bagi tujuan komunikasi kegiatan sindiket terbabit turut dirampas.

"Hasil siasatan mendapati sindiket ini bergiat aktif di Myanmar dengan menggunakan modus operandi memperdayakan individu melalui tawaran bekerja di Thailand dengan gaji lumayan antara RM8,000 hingga RM15,000.

"Bagaimanapun, setelah mangsa tiba di Thailand mereka dibawa ke kawasan terpencil di Myanmar dan dipaksa untuk mencari mangsa lain bagi membuka akaun keldai di Thailand, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata selain itu, barangan peribadi mangsa turut dirampas dan segala pergerakan akan dikawal ketat oleh ahli sindiket.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

"Empat kertas siasatan telah dibuka dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, dengan tangkapan pertama melibatkan empat pertuduhan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007.

"Tangkapan kedua pula membabitkan dua pertuduhan masing-masing di bawah ATIPSOM 2007 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 manakala tangkapan ketiga dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007," katanya.

Pada 12 Mac lepas, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand berjaya menyelamatkan dan membawa pulang 25 mangsa pemerdagangan orang oleh sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shahnaz Abdul Majid awarded RM30 million following' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Pasir gudang viewed 'Caldbeck Macgregor Malaysia Organizes Exclusive Bu' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 3 hrs ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 4 hrs 2 mins ago