Translate

12 April 2025

Pantau projek sakit supaya selesai dalam tempoh ditetapkan - PM Anwar



Pantau projek sakit supaya selesai dalam tempoh ditetapkan - PM Anwar

Bernama

12/04/2025


Perdana Menteri Anwar (kanan) mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Baharu pada Sabtu. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan semua projek termasuk status "projek sakit" perlu dipantau, supaya ia dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan hatta mencapai prestasi yang membanggakan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau menyatakan perkara itu ketika menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Baharu hari ini.

"Saya singgung kepentingan memperhebat dan melicinkan lagi projek rakyat yang menjadi keutamaan, khususnya untuk impak pembangunan ekonomi dan kemajuan bersama-sama.

"Perbincangan terarah kepada faktor yang boleh dipertimbangkan dalam menyegerakan projek seperti rancangan tebatan banjir, supaya tidak membebankan rakyat sehingga melibatkan penambahan kos serta kerugian kewangan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mesyuarat turut disertai Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan negeri.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar juga berharap semoga kepedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Kelantan terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya.

Selepas mesyuarat itu, Perdana Menteri kemudian menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama, Bachok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed 'JKKPP to determine timing for transition to endemi' 9 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 17 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Komunikasi sasar 7,000 usahawan NADIpr' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Khazanah batal rumah terbu' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump Ulangi Hasrat Untuk Rampas Gaza | BEST FBKL' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 15 mins ago