Translate

10 April 2025

Penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka - SPR



Penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka - SPR

Bernama

10/04/2025


Ikmalrudin berkata bakal calon yang bertanding pada PRK itu perlu menyerahkan kertas penamaan calon dari 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon berkenaan. - Gambar fail


TAPAH: Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Sabtu ini akan diadakan di Dewan Merdeka, di sini menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata bakal calon yang bertanding pada PRK itu perlu menyerahkan kertas penamaan calon dari 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon berkenaan.

Beliau menyarankan bakal calon mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sebelum hari penamaan calon.

Bakal calon juga, katanya disaran membuat pembayaran deposit lebih awal, dengan resit pembayaran hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran.

"Bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon," katanya.

Ikmalrudin berkata calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata ia termasuk penggunaan alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui kenderaan dan menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan yang ditetapkan pada hari penamaan calon, yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta 5.

"SPR menyeru bakal calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PBT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar," katanya.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Feb lepas.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 5 hrs 31 mins ago