Translate

11 April 2025

Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun



Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun

Bernama

11/04/2025


Wanita itu didakwa menganiaya anak kandungnya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal ketika berada di sebuah bilik di Taman Kangar di sini, kira-kira 6 pagi 6 April. - Gambar hiasan


KANGAR: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak perempuannya berusia 11 tahun, sehingga menyebabkan kecederaan pada 6 April lepas.

Ong Yiing Jy, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Wanita mualaf yang bekerja sendiri itu, didakwa menganiaya anak kandungnya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal ketika berada di sebuah bilik di Taman Kangar di sini, kira-kira 6 pagi 6 April.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2006 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membenarkan Ong dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia, selain memerintahkannya melaporkan diri di balai polis pada hari pertama setiap bulan serta dilarang tinggal serumah, mendekati atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan pelantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rabu lepas, Bernama melaporkan polis menahan seorang wanita berhampiran Jejambat Titi Kerbau, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat sini pada Selasa, kerana disyaki mendera anak perempuannya berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop dilaporkan berkata wanita berkenaan ditahan pada 1.30 tengah hari dan tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh guru besar sekolah kanak-kanak itu di Jitra, Kedah pada Isnin.

Hasil pemeriksaan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini mendapati terdapat kesan luka di bahagian belakang badan, leher, kaki dan tangan mangsa akibat dipercayai akibat gigitan serta dicucuk dipercayai menggunakan gunting ikan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 5 hrs 40 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 6 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 6 hrs 30 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 6 hrs 50 mins ago