JKNP siasat aduan kelakuan tidak senonoh pegawai perubatan
Bernama
11/04/2025

JKNP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan jawatankuasa itu susulan tiga aduan diterima pihaknya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) pada Rabu dan semalam berhubung individu tersebut. -Facebook JKNP
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat tatakelakuan seorang pegawai perubatan di sebuah fasiliti kesihatan di negeri ini yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dan tidak profesional terhadap orang awam.
JKNP menubuhkan Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat tatakelakuan seorang pegawai perubatan.
Tiga aduan diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) berhubung individu tersebut.
JKNP menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
JKNP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan jawatankuasa itu susulan tiga aduan diterima pihaknya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) pada Rabu dan semalam berhubung individu tersebut.
"Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Siasatan dilantik pada 10 April bagi menyiasat kesahihan aduan tersebut.
"Siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. JKNP tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut hingga siasatan disempurnakan bagi menjamin integriti siasatan," menurut kenyataan itu.
JKNP menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-570 7836 / 7835 / 7847.
-- BERNAMA