Translate

11 April 2025

Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengku Zafrul



Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengku Zafrul

Bernama

11/04/2025


Tengku Zafrul (kiri) menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Luar Indonesia Arif Havas Oegroseno hari ini. -Facebook


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia dapat menarik nafas lega susulan pengurangan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas kedua-dua negara sebelum ini.

Tarif timbal balas AS terhadap Malaysia dan Indonesia telah dikurangkan kepada 10 peratus.

Penangguhan tarif AS selama 90 hari memberi ruang untuk strategi rundingan.

Malaysia komited untuk mempererat hubungan dengan Indonesia dan menangani cabaran perdagangan bersama.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Luar Indonesia Arif Havas Oegroseno hari ini.

Katanya tarif terhadap Malaysia telah diturunkan daripada 24 peratus kepada 10 peratus manakala Indonesia daripada 32 peratus kepada 10 peratus.

"Walaupun penangguhan tarif AS cuma 90 hari, ia memberi ruang kepada semua negara untuk mengatur strategi khususnya dalam rundingan dengan AS," katanya menerusi hantaran di laman media sosialnya hari ini.





Tengku Zafrul berkata pertemuan dengan Arif Havas membincangkan perkembangan terkini hubungan dua negara termasuklah berkaitan tarif AS.

"Malaysia yakin melalui dialog dan kerjasama berterusan, kita dapat menangani cabaran perdagangan ini dan merebut peluang bersama," katanya.

Katanya Malaysia komited untuk mempererat hubungan dengan Indonesia, terutamanya sebagai pengerusi ASEAN 2025 demi ASEAN yang lebih makmur dan inklusif.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 2 hrs 58 mins ago