Translate

12 April 2025

Azalina bertemu Menteri Keadilan Vietnam, perkukuh kerjasama undang-undang



Azalina bertemu Menteri Keadilan Vietnam, perkukuh kerjasama undang-undang

Bernama

12/04/2025


Azalina mengadakan pertemuan dengan Menteri Keadilan Vietnam di Hanoi pada Khamis dalam usaha memperkukuh kerjasama undang-undang antara kedua-dua negara. - Gambar fail Bernama


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan pertemuan dengan Menteri Keadilan Vietnam, Nguyen Hai Ninh di Hanoi, pada Khamis, dalam usaha memperkukuh kerjasama undang-undang antara kedua-dua negara.

Azalina berkata, pada pertemuan itu, perbincangan mereka tertumpu kepada usaha untuk ASEAN secara kolektif memperkukuh dan meletakkan rantau ini sebagai hab penyelesaian pertikaian yang berkesan dan boleh dipercayai.

"Kami turut bertukar pandangan mengenai cadangan Pernyataan Bersama oleh Menteri-Menteri Undang-Undang ASEAN serta membincangkan strategi berkesan dalam pembangunan timbang tara dan pengantaraan komersial antarabangsa.

"Selain itu, turut disentuh ialah kerjasama undang-undang lain yang berpotensi seperti reformasi undang-undang perniagaan, keselamatan dalam talian dan undang-undang antirasuah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau turut mengambil kesempatan menjemput Nguyen secara rasmi bagi menghadiri Forum Undang-Undang ASEAN 2025 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur Ogos ini.

Beliau berkata, forum berkenaan merupakan platform terbaik untuk mengesahkan komitmen ASEAN terhadap kerjasama dalam aspek perundangan dan integrasi ekonomi menerusi institusi perundangan yang kukuh dan berdaya tahan.

"Saya amat terharu dengan komitmen positif beliau untuk hadir," katanya.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada siri lawatan Azalina ke negara anggota ASEAN selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 6 hrs 5 mins ago