Translate

12 April 2025

Azalina bertemu Menteri Keadilan Vietnam, perkukuh kerjasama undang-undang



Azalina bertemu Menteri Keadilan Vietnam, perkukuh kerjasama undang-undang

Bernama

12/04/2025


Azalina mengadakan pertemuan dengan Menteri Keadilan Vietnam di Hanoi pada Khamis dalam usaha memperkukuh kerjasama undang-undang antara kedua-dua negara. - Gambar fail Bernama


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan pertemuan dengan Menteri Keadilan Vietnam, Nguyen Hai Ninh di Hanoi, pada Khamis, dalam usaha memperkukuh kerjasama undang-undang antara kedua-dua negara.

Azalina berkata, pada pertemuan itu, perbincangan mereka tertumpu kepada usaha untuk ASEAN secara kolektif memperkukuh dan meletakkan rantau ini sebagai hab penyelesaian pertikaian yang berkesan dan boleh dipercayai.

"Kami turut bertukar pandangan mengenai cadangan Pernyataan Bersama oleh Menteri-Menteri Undang-Undang ASEAN serta membincangkan strategi berkesan dalam pembangunan timbang tara dan pengantaraan komersial antarabangsa.

"Selain itu, turut disentuh ialah kerjasama undang-undang lain yang berpotensi seperti reformasi undang-undang perniagaan, keselamatan dalam talian dan undang-undang antirasuah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau turut mengambil kesempatan menjemput Nguyen secara rasmi bagi menghadiri Forum Undang-Undang ASEAN 2025 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur Ogos ini.

Beliau berkata, forum berkenaan merupakan platform terbaik untuk mengesahkan komitmen ASEAN terhadap kerjasama dalam aspek perundangan dan integrasi ekonomi menerusi institusi perundangan yang kukuh dan berdaya tahan.

"Saya amat terharu dengan komitmen positif beliau untuk hadir," katanya.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada siri lawatan Azalina ke negara anggota ASEAN selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Nora Mohon Cerai Susulan Gangguan Dan Desakan 'Pih' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Beradik Maut, Hasrat Ikat Tali Pertunangan Tid' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 28 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 33 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 34 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan wanita kes pukul anak di premis dobi l' 38 mins ago