Translate

11 April 2025

Dana RM200 juta bantu capaian internet di institusi pendidikan Mara berada pada tahap terbaik



Dana RM200 juta bantu capaian internet di institusi pendidikan Mara berada pada tahap terbaik

Bernama

10/04/2025


Pengerusi Mara Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebanyakan institusi pendidikan di bawah agensi itu memfokus kepada bidang TVET yang memerlukan capaian Internet serta digital. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Pengumuman Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang bersetuju menyalurkan dana RM200 juta menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyelesaikan masalah capaian Internet di institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara), amat membantu memastikan institusi pendidikan agensi itu berada pada tahap terbaik.

Pengerusi Mara Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata kebanyakan daripada 344 institusi pendidikan di bawah agensi itu memfokus kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memerlukan capaian Internet serta digital.

"Ia termasuk memastikan segala fasiliti dan infrastruktur komunikasi dilaksanakan, seperti masalah liputan di Kolej Profesional Mara Ayer Molek, Melaka sebelum ini yang telah menjadi projek perintis.

"Sokongan Kementerian Komunikasi khususnya MCMC banyak membantu ekosistem pendidikan Mara menjadikan lebih kondusif untuk pelajaran.

"Kita ada 175,000 pelajar di institut pendidikan Mara dan capaian Internet seperti ini amat diperlukan," katanya pada sidang media Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) 2025 di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata Mara akan segera menghantar senarai institusi yang memerlukan capaian Internet untuk diselesaikan pada tahun ini.

Mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang meminta beliau mengambil tindakan membuang pelajar yang menyalahgunakan kemudahan Intenet berkelajuan tinggi berkaitan elemen seksual, beliau berkata pihaknya mengambil serius segala perlakuan di bawah kategori jenayah.

"Perlakuan seperti (berkaitan elemen) seksual melalui media sosial atau media komunikasi adalah suatu yang tidak boleh diremehkan.

"Sudah tentu kalau ada kes seperti ini, kita akan terima segala pandangan daripada Timbalan Perdana Menteri, tanggungjawab Mara untuk ambil tindakan tegas hingga peringkat tamatkan pengajian, kita tidak akan kompromi," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 2 hrs 24 mins ago