Translate

12 April 2025

PRK Ayer Kuning: Pemimpin, penyokong meriahkan hari penamaan calon



PRK Ayer Kuning: Pemimpin, penyokong meriahkan hari penamaan calon

Bernama

12/04/2025


Cuaca cerah pagi ini turut membantu melancarkan perhimpunan pemimpin dan penyokong parti yang mula berkumpul seawal 7 pagi. - Foto BERNAMA


TAPAH: Pekan Tapah yang kebiasaannya tenang pada hujung minggu bertukar meriah dan hiruk-pikuk dengan kehadiran pemimpin serta penyokong parti-parti politik sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung di Dewan Merdeka di sini, hari ini.

Cuaca cerah pagi ini turut membantu melancarkan perhimpunan pemimpin dan penyokong parti yang mula berkumpul seawal 7 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada bakal calon masing-masing.

Calon Barisan Nasional (BN) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Mohamad Yusri Bakir, merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, tiba di kawasan berkumpul penyokong BN pada 7.08 pagi, lengkap berpakaian baju Melayu dan bersampin biru.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sokongan turut dizahirkan pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan, antaranya Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Sementara itu, bakal calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek, yang juga Pengerusi PN Tapah, hadir bersama rombongan penyokongnya termasuk Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Warga Afrika Bawa Pisau Pemotong Daging Antara Dit' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 31 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Pi' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sultan Pahang berkenan menyaksikan penutup Eksesai' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Majlis TVET Negara salur RM1 juta kepada Unisel pe' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 35 mins ago