Translate

24 April 2025

Kes penghantar makanan tampil mesej unsur penghinaan: Polis buka kertas siasatan



Kes penghantar makanan tampil mesej unsur penghinaan: Polis buka kertas siasatan

Bernama

24/04/2025


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Helmi Aris berkata siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan. - Foto Instagram/jimpulaupinang


BUKIT MERTAJAM: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang seorang penghantar makanan yang dikatakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Helmi Aris ketika dihubungi Bernama berkata siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan.

"Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Semalam Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata perbuatan penghantar makanan tersebut tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikenakan tindakan undang-undang.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan seorang guru sekolah di Machang Bubok di sini membuat laporan polis mendakwa menerima mesej berbaur penghinaan daripada seorang penghantar makanan menerusi mesej dalam aplikasi penghantaran makanan.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 26 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 46 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 15 mins ago