Translate

24 April 2025

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama

24/04/2025


Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.3970/4100 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaki peningkatan dalam indeks dolar aS (DXY) susulan pasaran bertindak balas terhadap petunjuk bahawa Presiden AS Donald Trump mungkin akan mengubah pendirian mengenai dasar tarif.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.3970/4100 berbanding dolar AS daripada 4.3880/3925 ketika ditutup pada Rabu.

DXY melonjak 0.95 peratus kepada 99.857 mata, manakala hasil Perbendaharaan AS dua tahun naik lima mata asas kepada 3.87 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran dilihat reda kerana pentadbiran Trump memberi isyarat ia mungkin menurunkan tarif ke atas import China.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha untuk membawa China kembali ke meja rundingan, walaupun ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan terus meningkat.

"Sehubungan itu, dolar-ringgit US mungkin diniagakan dalam lingkungan RM4.39 hingga RM4.40 hari ini," katanya.

Di peringkat tempatan, ringgit didagangkan tinggi berbandin mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0701/0796 daripada 3.0925/0959 ketika ditutup pada Rabu, menambah berbanding pound Britain kepada 5.8317/8490 daripada 5.8457/8517 dan melonjak berbanding euro kepada 4.9805/9952 daripada 5.0102/0154.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3478/3515 daripada 3.3523/3579, naik berbanding baht Thailand kepada 13.0922/1403 daripada 13.1251/1457.

Bagaimanapun, ia turun berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.80 daripada 7.75/7.77 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 260.5/261.5 daripada 260.0/260.5.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 19 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Had pembelian beras tempatan kini lima kampit | BE' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hannah harap siasatan kes Faisal Halim diteruskan ' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed '215,172 majikan ditawarkan diskaun FCLB sempena pe' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Peniaga rugi RM150,000 terperdaya pelaburan ternak' 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 58 mins ago