Translate

24 April 2025

MCMC rakam percakapan individu dipercayai hina Nabi Muhammad, agama Islam



MCMC rakam percakapan individu dipercayai hina Nabi Muhammad, agama Islam

Bernama

24/04/2025


Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut di IPD Iskandar Puteri, Johor pada 20 April. - Foto MCMC


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook yang dipercayai milik lelaki itu.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakaman percakapan lelaki berumur 63 tahun itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lepas.

MCMC berkata telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh lelaki itu untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik.

Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC berkata dalam masa terdekat kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara dan akan diberikan taklimat, bagi mendapatkan keputusan.

"MCMC tidak akan berkompromi dan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform media sosial khususnya menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang berpotensi mengakibatkan ketegangan antara agama an mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Orang ramai turut diingatkan untuk menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab," menurut kenyataan.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 5 hrs 32 mins ago