Translate

24 April 2025

MCMC rakam percakapan individu dipercayai hina Nabi Muhammad, agama Islam



MCMC rakam percakapan individu dipercayai hina Nabi Muhammad, agama Islam

Bernama

24/04/2025


Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut di IPD Iskandar Puteri, Johor pada 20 April. - Foto MCMC


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook yang dipercayai milik lelaki itu.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakaman percakapan lelaki berumur 63 tahun itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lepas.

MCMC berkata telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh lelaki itu untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik.

Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC berkata dalam masa terdekat kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara dan akan diberikan taklimat, bagi mendapatkan keputusan.

"MCMC tidak akan berkompromi dan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform media sosial khususnya menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang berpotensi mengakibatkan ketegangan antara agama an mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Orang ramai turut diingatkan untuk menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab," menurut kenyataan.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 22 mins ago
A visitor from Ceres viewed 'Malaysia pamer buah-buahan premium tempatan, perke' 27 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysia pamer buah-buahan premium tempatan, perke' 28 mins ago
A visitor from Clonee viewed 'Malaysia pamer buah-buahan premium tempatan, perke' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar g' 37 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ramasamy pleads not guilty to 17 counts of breach ' 53 mins ago
A visitor from Thrissur viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 54 mins ago