Translate

24 April 2025

Guru besar didakwa kemuka dokumen palsu mohon sumbangan Ketua Menteri



Guru besar didakwa kemuka dokumen palsu mohon sumbangan Ketua Menteri

Bernama

23/04/2025


Seorang guru besar yang sedang digantung tugas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan Ketua Menteri empat tahun lepas. - Foto hiasan


KOTA KINABALU: Seorang guru besar yang sedang digantung tugas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan Ketua Menteri empat tahun lepas.

Abd Rasad Sadikir @ Sadikil, 56, didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, iaitu penyata akaun bank bagi pertuduhan pertama dan surat sokongan pegawai Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Banggi bagi pertuduhan kedua.

Dia didakwa mengemukakan dokumen palsu tersebut untuk menipu bagi mendapatkan sumbangan peruntukan khas Ketua Menteri, untuk pembinaan Pejabat Pentadbiran Persatuan Komuniti Anak Banggi di Kampung Karakit Banggi, Kudat berjumlah RM85,000.

Abd Rasad didakwa melakukan kesalahan itu di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Blok C Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu antara April 2021 hingga Julai 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 12 Jun untuk pengurusan kes.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 7 hrs 6 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 7 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 8 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 8 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 8 hrs 52 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 8 hrs 54 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 9 hrs 2 mins ago