Translate

24 April 2025

Operasi Mega Noda: Polis Pulau Pinang tahan 116 individu atas pelbagai kesalahan



Operasi Mega Noda: Polis Pulau Pinang tahan 116 individu atas pelbagai kesalahan

Bernama

23/04/2025


Hamzah berkata operasi tersebut dilancarkan di semua daerah dalam Kontinjen Pulau Pinang secara bersepadu. - Gambar fail/Bernama


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 116 individu atas pelbagai kesalahan di seluruh negeri itu, dalam Operasi Mega Noda / Op Cantas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bermula Sabtu hingga semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata operasi itu menyasarkan elemen maksiat dan gangsterisme, penjenayah berpotensi seperti penagih serta pengedar dadah, termasuk mengesan suspek bagi kes jenayah kekerasan yang masih bebas.

"Sepanjang operasi ini dijalankan, 60 buah premis telah diserbu dan 479 individu telah diperiksa, sekali gus berjaya mencapai objektif utama dengan 116 tangkapan, termasuk 12 individu didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing dan 17 individu yang tersenarai sebagai dikehendaki polis.

"Operasi ini juga telah berjaya menyelesaikan lapan kes jenayah kekerasan yang berlaku di daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata operasi tersebut dilancarkan di semua daerah dalam Kontinjen Pulau Pinang secara bersepadu, dengan penyertaan agensi-agensi luar khusus bagi menangani serta mencegah kegiatan jenayah secara holistik.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa, agar masyarakat sentiasa berasa dalam keadaan selamat serta yakin terhadap keamanan di Pulau Pinang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 27 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 55 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 42 mins ago