Sambutan Jubli Perak: Perlis umum 17 April cuti peristiwa
Bernama
12/04/2025

Mohd Shukri (foto) berkata pengisytiharan itu selaras dengan peruntukan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). -Gambar fail/Bernama
KANGAR: Kerajaan Perlis mengisytiharkan 17 April ini sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Kerajaan Perlis mengisytiharkan 17 April sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Pengisytiharan ini selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) untuk membolehkan rakyat Perlis meraikan sambutan bersejarah tersebut.
Sambutan ini memperingati pemerintahan selama 25 tahun Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Raja Perlis.
Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata pengisytiharan itu selaras dengan peruntukan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi membolehkan seluruh rakyat Perlis bersama-sama meraikan sambutan bersejarah berkenaan.
"Kerajaan Perlis berbesar hati mengumumkan cuti peristiwa ini bagi memperingati detik bersejarah pemerintahan selama 25 tahun Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Raja Perlis," katanya berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri 2025 di sini hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
-- BERNAMA