Translate

09 April 2025

1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura dalam kes barangan mewah Rosmah



1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura dalam kes barangan mewah Rosmah

Bernama

09/04/2025


Rosmah (foto) kekal sebagai defendan pertama dalam saman tersebut, dengan tuntutan agar beliau membayar USD346,010,489 atau jumlah yang akan ditaksir oleh mahkamah. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 anak syarikatnya hari ini menarik balik saman terhadap wanita warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani, berhubung pembelian barangan mewah bernilai lebih USD346 juta, yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB yang diseleweng.

1MDB dan 10 anak syarikatnya menarik balik saman terhadap Shabnam Naraindas Daswani berhubung pembelian barangan mewah bernilai lebih USD346 juta.

Rosmah Mansor kekal sebagai defendan pertama dalam saman tersebut, dengan tuntutan agar beliau membayar USD346,010,489 atau jumlah yang akan ditaksir oleh mahkamah.

Penghakiman persetujuan direkodkan di Mahkamah Tinggi, membolehkan 1MDB menghentikan saman terhadap Shabnam dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

Wanita itu disaman bersama Datin Seri Rosmah Mansor, namun isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu masih kekal sebagai defendan pertama dalam saman tersebut.

Peguam Nathalie Ker Si Min yang mewakili 1MDB berkata penghakiman persetujuan telah direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Wan Muhammad Amin Wan Yahya pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

"Penghakiman persetujuan tersebut merekodkan bahawa plaintif (1MDB) menghentikan saman terhadap Shabnam dengan kebebasan untuk memfailkan semula," katanya ketika dihubungi pemberita.

Sementara itu, peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili Shabnam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 9 Mei 2024, 1MDB dan 10 syarikat memfailkan saman itu dengan menamakan Rosmah dan Shabnam (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.

Sepuluh anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd, Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited selaku plaintif kedua hingga ke-11.

Semua plaintif,antara lain, menuntut agar Rosmah membayar USD346,010,489 atau sejumlah amaun yang akan ditaksir oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa plaintif pertama hingga keenam mempunyai hak terhadap barangan mewah yang kini didakwa berada dalam simpanan defendan pertama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 2 hrs 24 mins ago