Translate

05 April 2025

Kerajaan Johor komited pastikan RON95 hanya untuk rakyat Malaysia



Kerajaan Johor komited pastikan RON95 hanya untuk rakyat Malaysia

Bernama

05/04/2025


Onn Hafiz berkata usaha itu akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka benar-benar layak sahaja. - Gambar hiasan


JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor bersama Kerajaan Persekutuan komited memastikan subsidi bahan api RON95 hanya dinikmati rakyat Malaysia.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan hak rakyat.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual RON 95 kepada kenderaan asing," katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook.

Hantaran itu dibuat selepas beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han, melakukan pemeriksaan di stesen minyak sekitar bandar Johor Bahru.

Pemeriksaan itu turut yang disertai pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, bertujuan memastikan penjualan petrol RON95 mematuhi peraturan serta tidak disalah guna kenderaan berdaftar asing.

"Dalam operasi ini, kami meneliti pematuhan pengusaha stesen minyak terhadap larangan penjualan RON95 kepada warga asing, serta memastikan harga dikenakan tidak melebihi harga siling RM2.05 seliter.

"Had pengisian diesel sebanyak 20 liter bagi kenderaan asing dalam radius 50 kilometer (KM) daripada sempadan turut diperiksa, bagi memastikan peraturan itu dipatuhi," katanya.

Onn Hafiz berkata usaha itu akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka benar-benar layak sahaja.

Beliau juga menyeru orang ramai memainkan peranan dengan membuat aduan kepada KPDN jika berlaku penyelewengan atau pelanggaran peraturan berkaitan bahan api bersubsidi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Aptos viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari ' 6 mins ago
A visitor from Riyadh viewed 'Rape and incest reports surge 22 per cent in Kelan' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 42 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 46 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari ' 47 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 47 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 24 mins ago