Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Semenanjung mulai 10 April
Bernama
08/04/2025

Angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kedua-dua kawasan perairan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa pada 11 hingga 12 April.
MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa pada 11 hingga 12 April.
Angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku, berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut, dan sukan laut.
Orang awam dinasihatkan untuk merujuk laman web rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan angin kencang barat laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, dijangka berlaku di kedua-dua kawasan perairan itu dalam tempoh berkenaan dan keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
"Angin barat laut juga dijangka bertiup kencang dan menumpu di utara Semenanjung bermula pada 10 hingga 13 April ini dan keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut," katanya.
Pada masa sama, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
-- BERNAMA