Translate

24 April 2025

Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Pendakwaan



Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Pendakwaan

Bernama

23/04/2025


Morais, dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium dengan menaiki kereta dari Menara Duta, Kuala Lumpur, ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya. - Gambar fail/Jabatan Peguam Negara


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu terdapat bukti menunjukkan bekas pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran terlibat dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, yang mayatnya ditemukan dalam tong dram diisi konkrit, 10 tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz berhujah meskipun perayu pertama, Kunaseegaran tidak berada di lokasi kejadian, terdapat keterangan saksi-saksi yang membuktikan perayu pertama itu mempunyai motif dan terlibat dengan kejadian bunuh si mati (Morais).

"Saksi pendakwaan ke-54 (SP54) iaitu G. Gunasekaran dalam keterangannya menyatakan beliau diberitahu oleh perayu pertama bahawa si mati menyusahkan perayu dengan menambah pertuduhan terhadapnya (bagi kes rasuah).

"SP54 dihubungi oleh perayu pertama apabila dia bergegas keluar dari kedainya setelah melihat darah mengalir keluar dari tong dram dan semasa SP54 menceritakan kejadian itu, perayu dalam keadaan tenang meminta SP54 untuk tidak masuk campur dalam hal itu," katanya pada pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan.

Selain Kunaseegaran, 62, lima individu lain ialah pemberi pinjaman wang, S. Ravi Chandran, 54; dan empat penganggur, R. Dinishwaran, 33; A.K Thinesh Kumar, 32; M. Vishwanath, 35; serta S. Nimalan, 32.

Mohd Fuad berhujah tindakan Kunaseegaran menunjukkan gambar kereta si mati yang dijumpai dalam keadaan dibakar kepada Gunasekaran melalui telefon bimbit perayu turut membuktikan penglibatannya dalam kejadian bunuh itu.

"SP54 beritahu, doktor tunjuk gambar kereta kepadanya dan doktor memaklumkan kereta itu adalah kereta pendakwa raya yang hilang," kata Mohd Fuad.

Pada asalnya, Gunasekaran didakwa bersama enam lagi termasuk Kunaseegaran membunuh Morais namun pertuduhan terhadapnya ditarik balik selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana melupuskan mayat Morais dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun. Gunasekaran kemudian menjadi saksi utama pendakwaan.

Sementara itu, Mohd Fuad berkata terdapat keterangan SP46 (timbalan pendakwa raya) menyatakan melihat reaksi Kunaseegaran yang tidak puas hati dengan tindakan si mati setiap kali pertuduhan ditambah ke atas perayu oleh si mati selain terdapat keterangan menyatakan Kunaseegaran telah membayar yuran guaman perayu-perayu lain.

"Ini menunjukkan penglibatan perayu pertama dan lima perayu lain secara niat bersama dalam menyebabkan kematian si mati," katanya.

Rayuan itu didengar di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang.

Panel hakim itu kemudian menetapkan esok untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh sambung pendengaran rayuan.

Pada 14 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keenam-enam lelaki berkenaan.

Pada 10 Julai 2020, mereka dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah membunuh Morais di sebuah lokasi sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam, 4 Sept 2015.

Morais, 55, dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur, ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayatnya ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept tahun sama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 20 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Bakal Pengantin Maut Dua Hari Sebelum Majlis Perka' 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tan Sri Ditahan | BEST FBKL' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'April 2025' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Saiful Apek Bukan Ditahan Polis | BEST FBKL' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saiful Apek Bukan Ditahan Polis | BEST FBKL' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan, tahan se' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Saiful Apek Bukan Ditahan Polis | BEST FBKL' 2 hrs 52 mins ago