Translate

24 April 2025

32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka operasi perniagaan di SFZ Forest City



32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka operasi perniagaan di SFZ Forest City

Bernama

24/04/2025


Syarikat pelaburan CMY Capital dan Yow Kee Family Office merupakan kumpulan pertama yang membuka pejabat keluarga di SFZ Forest City (gambar). - Foto DagangNews


JOHOR BAHRU: Sebanyak 32 syarikat tempatan dan asing termasuk dari Singapura dan Thailand telah menunjukkan minat untuk membuka operasi perniagaan di Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han berkata 19 syarikat dari negara-negara berkenaan menyatakan minat untuk menubuhkan pejabat keluarga dengan dua daripadanya telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

"Syarikat pelaburan terkenal Malaysia, CMY Capital dan Yow Kee Family Office, telah memperoleh kelulusan SC, sekali gus menjadikan mereka kumpulan pertama yang membuka pejabat keluarga di SFZ Forest City," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata pembukaan dua syarikat itu akan mewujudkan kesan secara langsung dengan lebih banyak pejabat keluarga dan institusi kewangan dijangka turut memulakan operasi mereka di Forest City pada tahun ini.

Pencapaian tersebut sekali gus menunjukkan perancangan kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan kejayaan Forest City sebagai SFZ serta Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di Johor secara amnya, berada di landasan yang tepat.

Lee berkata Kementerian Kewangan juga sedang memuktamadkan pakej insentif yang telah diumumkan sebelum ini.

"Ini termasuk kadar cukai korporat sifar untuk pejabat keluarga, kadar cukai korporat sifar hingga lima peratus dan kadar cukai pendapatan purata 15 peratus untuk pekerja berkemahiran tinggi, dijangka akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

"Dalam tempoh itu, permohonan diterima akan diproses satu per satu bagi mempercepatkan kelulusan sekali gus menarik lebih banyak pelaburan ke SFZ," katanya.

Lee dalam pada itu berkata lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini membawa peluang pembangunan besar khususnya melibatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara dua negara, sekali gus memberi peluang pelaburan kepada Johor termasuk SFZ Forest City.

"Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah terdapat potensi besar untuk syarikat dan pelabur dari China untuk meneroka peluang di negara ini kerana ia selari dengan kepentingan ketersambungan serantau dan pembangunan berkualiti tinggi di bawah Inisiatif 'Belt and Road' oleh China," katanya.

Justeru itu, beliau berkata Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) ditubuhkan sebagai pusat sehenti untuk para pelabur dan mereka boleh membuka profil pelaburan dengan bantuan seorang pengurus akaun.

"Bidang tugas pengurus akaun ini adalah untuk membantu memudahkan urusan antara pelabur dan pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan Persekutuan serta syarikat utiliti," kata Lee.

Beliau berkata sejak Januari 2025 hingga kini, pejabat IMFC-J telah menerima lebih daripada 250 pertanyaan daripada pelabur yang berminat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 4 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 2 hrs 23 mins ago