Translate

24 April 2025

Penumpang maut, kenderaan terjunam ke sungai di jalan Gua Musang-Lojing



Penumpang maut, kenderaan terjunam ke sungai di jalan Gua Musang-Lojing

Bernama

24/04/2025


Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di Kilometer 80, Jalan Gua Musang-Lojing. - Astro AWANI


KOTA BHARU: Seorang penumpang maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas dan terjunam ke dalam sungai dalam kemalangan di Kilometer 80, Jalan Gua Musang-Lojing, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 4.40 petang melalui panggilan telefon daripada anggota Pondok Polis Lojing.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar 2.30 petang apabila kenderaan pikap yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah Blue Valley menghala ke Gua Musang hilang kawalan selepas melalui jalan yang dinaiki air susulan hujan lebat.

"Kenderaan itu kemudian terbabas ke cerun sebelum terjunam ke dalam sungai berhampiran lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu dan seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang sempat menyelamatkan diri dengan terjun keluar dari kenderaan, namun seorang lagi penumpang yang berada di tempat duduk hadapan tersepit dan gagal keluar sebelum disahkan lemas di lokasi kejadian.

Sik berkata mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang dengan menelefon 09-9121222 atau hubungi Pegawai Penyiasat Insp Aida di talian 012-4027283," katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 2 hrs 3 mins ago