Translate

24 April 2025

60 peratus tiket final Piala Malaysia terjual, cabutan bertuah jadi tarikan



60 peratus tiket final Piala Malaysia terjual, cabutan bertuah jadi tarikan

Bernama

23/04/2025


Mohd Shazli berkata pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian secara dalam talian, antaranya motosikal dan skuter elektrik, selain telefon dan jam pintar serta kamera 360 Insta. - Gambar/ Bernama


PETALING JAYA: Inisiatif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik telah meningkatkan penjualan tiket final Piala Malaysia 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC, hingga 60 peratus.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutf Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd berkata pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian secara dalam talian, antaranya motosikal dan skuter elektrik, selain telefon dan jam pintar serta kamera 360 Insta.

"Penjualan tiket final Piala Malaysia menunjukkan perkembangan positif daripada pasukan JDT dan Sri Pahang FC, tambahan pula menerusi inisiatif terbaharu MFL yang memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

"Kami menyeru kepada semua penyokong JDT dan Sri Pahang FC untuk mendapatkan tiket yang masih dijual hingga hari perlawanan," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya MFL-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Liga Bolasepak Amatur (AFL) di Wisma FAM di sini hari ini.

MFL menyasarkan penjualan tiket sekurang-kurangnya 80 peratus bagi aksi kemuncak piala berprestij yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 10 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 37 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 56 mins ago