Translate

24 April 2025

Guru besar didakwa kemuka dokumen palsu mohon sumbangan Ketua Menteri



Guru besar didakwa kemuka dokumen palsu mohon sumbangan Ketua Menteri

Bernama

23/04/2025


Seorang guru besar yang sedang digantung tugas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan Ketua Menteri empat tahun lepas. - Foto hiasan


KOTA KINABALU: Seorang guru besar yang sedang digantung tugas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan Ketua Menteri empat tahun lepas.

Abd Rasad Sadikir @ Sadikil, 56, didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, iaitu penyata akaun bank bagi pertuduhan pertama dan surat sokongan pegawai Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Banggi bagi pertuduhan kedua.

Dia didakwa mengemukakan dokumen palsu tersebut untuk menipu bagi mendapatkan sumbangan peruntukan khas Ketua Menteri, untuk pembinaan Pejabat Pentadbiran Persatuan Komuniti Anak Banggi di Kampung Karakit Banggi, Kudat berjumlah RM85,000.

Abd Rasad didakwa melakukan kesalahan itu di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Blok C Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu antara April 2021 hingga Julai 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 12 Jun untuk pengurusan kes.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 1 hr 52 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 33 mins ago