Translate

23 April 2025

Sultan Nazrin berkenan rasmi Gerbang Suria UPSI



Sultan Nazrin berkenan rasmi Gerbang Suria UPSI

Bernama

23/04/2025


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (dua,kiri) berkenan melafazkan lafaz perasmian pada Majlis Perasmian Gerbang Suria Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). - Foto Bernama


TANJONG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Gerbang Suria Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu dewan terbuka yang dibina berasaskan sistem solar, pertama seumpamanya di Malaysia.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah merasmikan Gerbang Suria UPSI, dewan terbuka pertama di Malaysia yang dibina berasaskan sistem solar untuk menjimatkan kos dan mengurangkan pelepasan karbon.

Gerbang Suria UPSI dijangka memberi manfaat besar, termasuk penjimatan bil elektrik, sewaan khemah dan menjana pendapatan daripada pelbagai acara, selain meningkatkan pencapaian UPSI dalam penarafan hijau global.

Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak menyaksikan pertukaran MoU antara UPSI, IDR dan SUSS, serta menghadiri majlis santapan sempena sambutan Aidilfitri UPSI 2025.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Pro Canselor UPSI Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid dan Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff.

Dalam sembah ucapannya, Md Amin berkata gagasan daripada titah Sultan Nazrin telah memberi inspirasi kepada penyelidik UPSI bersama Syarikat Synergy Generated dan UPSI Holdings Sdn. Bhd. untuk membina sebuah Gerbang Suria ataupun dewan solar mega dengan keluasan lebih 12,500 kaki persegi.

"Gerbang Suria UPSI berkonsepkan zero capex ini berjaya mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 2,800 tan setahun, menjimatkan kos pembinaan sebanyak RM5 juta.

"Selain itu, ia menjimatkan bil elektrik RM2 juta setahun, menjimatkan sewaan khemah upacara sebanyak RM500,000 setahun, dan mampu menjana hingga RM350,000 setahun melalui sewaan pelbagai program yang dilaksanakan di gerbang berkenaan," katanya.

Beliau berkata inisiatif Gerbang Suria itu juga bakal menjadi pemangkin kepada lonjakan pencapaian UPSI dalam meraih pengiktirafan Anugerah Bandar Rendah Karbon serta UI GreenMetric World University Rankings.

"Inisiatif moden ini bukan sekadar mercu tanda fizikal, tetapi simbol komitmen lestari yang menyinar ke arah inisiatif hijau bertaraf dunia di Negeri Perak Darul Ridzuan.

"Sejajar dengan aspirasi di dalam buku nukilan Tuanku, Globalisation, Perak's Rise, Relative Decline and Regeneration," katanya.

Sementara itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPSI, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Singapore University of Social Sciences (SUSS) dalam bidang penyelidikan, pendidikan, perundangan dan latihan ekonomi penjagaan.

Baginda berdua juga berkenan menghadiri majlis santapan bersempena Sambutan Aidilfitri UPSI 2025 dan melawat gerai juadah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 11 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 1 hr 12 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 1 hr 12 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 1 hr 13 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 1 hr 13 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 1 hr 13 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 3 hrs 35 mins ago