Translate

23 April 2025

Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama bidang tenaga - Fadillah



Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama bidang tenaga - Fadillah

Bernama

23/04/2025


Fadillah bertemu dengan Bayraktar di Ankara pada Selasa. - Gambar/ Bernama


ISTANBUL: Malaysia dan Turkiye mahu mempertingkatkan pertukaran Surat Hasrat berkaitan kerjasama sektor tenaga, khususnya tenaga boleh baharu dan nuklear bagi tujuan bekalan tenaga, kepada Memorandum Persefahaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata justeru, usaha itu akan mengorak laluan untuk pembentukan kerjasama antara pegawai peringkat tertinggi serta pembuat dasar Malaysia dan Turkiye.

Fadillah berkata hasrat Kuala Lumpur dan Ankara itu antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan dengan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar di Ankara pada Selasa.

"Insya-Allah, kita secara bersama sedang meningkatkan supaya daripada Surat Hasrat ini, ia menjadi satu Memorandum Persefahaman," katanya kepada Bernama di sini, lewat malam tadi.

Antara yang hadir pada pertemuan dengan Bayraktar ialah Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Mareena Mahpudz dan Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB, Mohd Zarihi Mohd Hashim.

Pertukaran Surat Hasrat antara kerajaan Malaysia dan Turkiye itu dilakukan semasa lawatan rasmi Presiden Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 dan 11 Februari lepas.

"Perkara ketiga adalah daripada segi peraturan, amalan perdagangan tenaga yang dilaksanakan sekarang di Eropah, cara mereka mengendalikan perdagangan tenaga ataupun penjanaan tenaga.

"Keempat adalah perspektif kawal selia untuk pengurusan eksport dan import tenaga, kepakaran termasuk sistem grid, pengagihan dan sebagainya," katanya.

Fadillah kini berada di Turki untuk lawatan kerja dua hari sejak semalam, sebelum mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keterjaminan Tenaga pada 24 hingga 25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan kerajaan United Kingdom (UK).

Menurut PETRA kehadiran Timbalan Perdana Menteri merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, peranan dan pencapaian Malaysia dalam menghadapi pelbagai isu berkaitan tenaga khusunya keterjaminan bekalan dan peralihan tenaga.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'JKR laksana 66 projek baharu KKM bernilai R' 31 mins ago
A visitor from Yekaterinburg viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 34 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 34 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Kes Buli / Pukul di asmara sekolah l' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 4 hrs 21 mins ago