Translate

23 April 2025

Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan - Pegawai penyiasat



Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan - Pegawai penyiasat

Bernama

23/04/2025


Ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini - Foto Bernama


PETALING JAYA: Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa tiada sebarang keterangan daripada 27 saksi pendakwaan, yang menyatakan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin pernah mengabaikan kanak-kanak autistik itu, dua tahun lepas.

Tiada keterangan daripada 27 saksi pendakwaan yang menunjukkan ibu bapa Zayn Rayyan mengabaikannya, dengan laporan perubatan juga tidak menyatakan sebarang penderaan terhadap kanak-kanak autistik itu.

Tiada saksi yang melihat ibu bapa Zayn Rayyan berada di kawasan sungai, lokasi mayatnya ditemukan, ketika tempoh kejadian yang menjadi asas pertuduhan terhadap mereka.

Ibu bapa Zayn Rayyan menghadapi pertuduhan mengabaikan anak mereka, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 jika disabitkan kesalahan, dengan perbicaraan masih berlangsung.

ASP Mohd Hafizee Ismail, 38, yang ketika kejadian bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, memberikan keterangan itu semasa disoal balas peguam Haresh Mahadevan pada hari ke-19 perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa mangsa Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mohd Hafizee, yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan, turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Zayn Rayyan bukan mangsa penderaan dan tidak diabaikan berdasarkan laporan perubatan.

Haresh Mahadevan: Adakah ASP tahu daripada 27 saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan, tiada seorang saksi pun yang menyatakan di mahkamah bahawa mereka ada melihat tertuduh pertama (Zaim Ikhwan) dan tertuduh kedua (Ismanira) ataupun mereka bersama-sama mengabaikan Zayn Rayyan pada 5 dan 6 Dis 2023, tiada satu orang pun.

Mohd Hafizee: Saya tidak pasti.

Haresh Mahadevan: Mengikut siasatan anda saksi mana yang cakap, tahu ke?

Mohd Hafizee: Tiada saksi.

Saksi pendakwaan ke-28 itu turut bersetuju bahawa tiada keterangan daripada 27 saksi pendakwaan yang memberi keterangan di mahkamah, melihat kedua-dua tertuduh berada di kawasan sungai berdekatan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, iaitu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.

Haresh Mahadevan: Daripada 27 saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan, saksi yang mana satu yang melihat kedua-dua tertuduh berada di kawasan sungai tersebut?.

Mohd Hafizee: Tiada.

Ismanira dan Zaim Ikhwan, 30, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.

Perbicaraan bersambung petang ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 16 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 16 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 17 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 17 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 17 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 17 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 40 mins ago